Tempatan Isu Kewarganegaraan: Sarawak Guna Dokumen Khas Sementara

Isu Kewarganegaraan: Sarawak Guna Dokumen Khas Sementara

7

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan dokumen khas sementara kepada individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam usahanya meyelesaikan masalah kewarganegaraan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dokumen khas tersebut dibuat khusus untuk membantu golongan kanak-kanak yang berdepan dengan masalah kewarganegaraan.

Katanya, dokumen berkenaan akan dikeluarkan oleh Pejabat Premier Sarawak dalam tempoh terdekat.

“Kita sedar, bahawa sekiranya seseorang kanak-kanak tersebut tiada dokumen pengenalan diri ataupun status kewarganegaraan, maka mereka akan menghadapi masalah untuk akses dalam pendidikan dan juga fasiliti kesihatan,” katanya pada sidang media khas mengenai isu kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Pustaka Negeri Sarawak pada Sabtu.

Katanya, mereka yang sudah memiliki dokumen khas sementara itu masih perlu menjalani proses untuk mendapatkan status kewarganegaraan sebelum tamat sekolah menengah.

“Sebab masalah yang dihadapi sekarang ini ialah apabila seorang kanak-kanak itu bukan status warganegara ataupun status warganegara belum ditentukan, maka sukar untuk mereka mendapat akses kepada pendidikan dan juga kepada kemudahan kesihatan serta pekerjaan kelak.

“Jadi ini tujuan kita, komited untuk sedaya upaya membantu golongan ini walaupun kita tahu bahawa ianya adalah di bawah kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan ataupun Kementerian Dalam Negeri,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, dokumen khas tersebut tidak boleh digunakan sebagai janji dari pihak kerajaan dalam mendapatkan status kewarganegaraan.

Namun demikian tegasnya, kuasa mutlak untuk mengesahkan status kewarganegaraan individu di negara ini masih lagi terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, Kerajaan Sarawak setakat ini berfungsi dalam kuasa yang ada pada negeri dengan berusaha mengeluarkan dokumen khas sementara bagi membantu golongan berkenaan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleProjek ART bagi laluan Samarahan bermula 2022
Next articleSudah tiba masa Liga-M guna VAR
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here