Tempatan Isu Kewarganegaraan Sarawak: KPWK teliti rancangan KDN

Isu Kewarganegaraan Sarawak: KPWK teliti rancangan KDN

5

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) akan meneliti  rancangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu kewarganegaraan.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini adalah berkait dengan permohonan bagi mewujudkan kembali Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk Sarawak.

Katanya, terdapat keperluan untuk menubuhkan kembali jawatankuasa khas tersebut sekiranya tiada perubahan

“Sebelum itu kita perlu tahu apakah rancangan KDN berkaitan dengan kewarganegaraan. Jika tiada perubahan dari sebelum ini, dengan itu ada keperluan untuk kita mewujudkan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan ini.

“Pertama kita perlu tahu apakah rancangan KDN, kita akan memberi masa kepada mereka. Mengikut manifesto, mereka akan mengambil kira terhadap isu ini,” jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MWKS di kediamannya di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berharap agar KDN mengambil serius mengenai isu tersebut dengan mempercepatkan proses untuk mendapat taraf kewarganegaraan.

Katanya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mengeluarkan Dokumen Sementara Bagi Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak untuk memudahkan Individu atau kanak-kanak tersebut mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di negeri ini. – SN

#sarawaknews

Previous articleMOM kecewa Adam Adli komen badan sukan dibelenggu rasuah
Next articleJom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai di Kapit
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here