KUCHING: Ahli bina badan negara dari Sarawak Buda Anchah telah mengumumkan untuk bersara dari pertandingan bina badan mulai semalam.
Ujarnya, kemenangan dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia ke-55 yang membawa pulang pingat emas dan gangsa untuk Malaysia, menjadi hadiah kenangan sempena persaraannya itu.
“Saya mungkin akan bergiat dalam sukan ini sebagai jurulatih untuk peringkat Kebangsaan,”katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada Jumaat.
Katanya lagi, persaraannya itu adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada atlet-atlet baru untuk terus menaikkan nama negara.
“Mana-mana ahli sukan pun akan bersara, jadi bagi saya inilah saat dan masa untuk saya bersara dan memberi peleuang serta ruang kepada atlet-atlet baru terus menaikkan nama negara khasnya Sarawak,” ujarnya lagi.
Buda turut menasihatkan rakan-rakan atau atlet baru untuk bersungguh-sungguh berlatih dengan disiplin yang tinggi, bertanggungjawab dan rendah diri bagi membolehkan mereka menjadi seorang yang berjaya dalam sukan.
Beliau turut berharap atlet-atlet pelapis nanti akan dapat mengikut dan menjadikan pencapaiaannya selama ini iaitu empat kali juara dunia dan 12 kali juara Asia sebagai inspirasi mereka.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
X : https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@SarawakNewsofficial