Tempatan Jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuching-Bau dan Jalan Stephen Yong ditutup...

Jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuching-Bau dan Jalan Stephen Yong ditutup sementara – JKR Bahagian Kuching

9

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching akan melaksanakan penutupan jalan dan perubahan laluan sementara di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuching-Bau dan Jalan Stephen Yong (di hadapan Hawker Centre Kampung Bumbok).

Menurut JKR, laluan tersebut akan ditutup mulai 10 hingga 25 Mac ini bermula dari jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi.

“Ia berikutan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, JKR Bahagian Kuching menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja sedang dijalankan.

“Sila patuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan bersama dan pastikan rancang perjalanan sebaik mungkin di kawasan yang terlibat,” tegasnya.

Tambahnya lagi, pengguna jalan raya disaran untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.

Dalam pada itu, orang ramai boleh berhubung dengan JKR Bahagian Kuching di talian 082-203400 sekiranya ingin membuat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik. 

Previous article6 bazar Ramadan diadakan di kawasan MPP tahun ini
Next articleKehilangan Eric: Empat suspek termasuk dua wanita ditangkap
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here