SIMANGGANG: Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak di Bahagian Sri Aman telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya, bermula Khamis.
Jalan yang terlibat ialah di KM27 – KM31 Jalan Sri Aman – Betong, Kampung San Demam – Kuching Stone Quarry.
Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Zon Selatan menerusi kenyataan media pada Khamis, mengingatkan para pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh pembukaan sedang berlangsung dan mematuhi segala pengurusan trafik demi keselamatan masing-masing.
Tambah kenyataan itu lagi, sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan ini akan dimaklumkan oleh pihak kontraktor dari semasa ke semas.
Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, orang awam dikehendaki merujuk kepada Unit LPB JKR Sarawak Zon Selatan di talian 082-619125 pada waktu pejabat.