KUCHING: Beberapa jalan akan ditutup sepanjang acara perarakan sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan esok.
Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata, jalan akan mula ditutup bermula jam 5.30 pagi hari tersebut dan akan dibuka semula setelah selesai.
“Jalan yang ditutup adalah seperti Jalan Gambier/Market/Power/Masjid/P.Ramlee, lampu isyarat RM (Jalan Tun Abang Haji Openg/Satok), Jalan Main Bazaar, Jalan Lebuh Wayang/Jalan Wawasan, Jalan Mcdougall, Jalan Haji Taha, Jalan Kulas Utara 2, Jalan Muhibbah, Jalan Muda Hashim, Jalan Satok, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chan Chin Ann, Jalan Song Thian Cheok, Jalan Ban Hock, Bulatan Ban Hock dan lampu isyarat St. Mary,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ahsmon memberitahu lagi, orang ramai diingatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kenderaan yang telah disediakan seperti Bangunan Saujana, Plaza Aurora, Reservoir Park, Dewan Suarah, dan Majma Mall.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memastikan kelancaran lalulintas serta mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news