Tempatan

Jambatan Satok ditutup sementara mulai 6 hingga 9 April ini

KUCHING: Jalan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub (Jambatan Satok) akan ditutup sementara mulai 6 hingga 9 April ini susulan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan jalan tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching berkata, penutupan jalan di kawasan Lampiran A (rujuk gambar) pada tarikh berkenaan juga akan bermula pada jam 8 malam hingga 5 pagi.

“Sila patuhi papan tanda keselamatan yang disediakan sekitar kawasan terlibat dan ikut arahan penjaga bendera untuk melancarkan pergerakan trafik.

“Kami (JKR Bahagian Kuching) juga akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Sehubungan itu, JKR Bahagian Kuching juga memaklumkan para pengguna jalan raya berkenaan boleh menggunakan lorong sebelah.

“Pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan di kawasan- kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amat dikesali,” ujarnya.

Untuk rekod, sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik inisila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Kuching (082-203449) pada waktu pejabat dan Rizqiy Engineering (019-8181293).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *