Rencana Jangan sebar berita tidak benar dos penggalak

Jangan sebar berita tidak benar dos penggalak

21

MALAYSIA sudah mencipta sejarah sendiri apabila jumlah kes COVID-19 direkod melepasi 30,000. Angka ini menggerunkan, tetapi apabila melihat analisis lebih terperinci, kita tahu ia disebabkan varian Omicron.

Walaupun kebanyakan kes direkod sebagai tahap satu dan dua, tetapi kita tidak boleh berlapang dada. Sebaliknya sebagai warganegara jika belum mengambil suntikan dos penggalak, cepatlah berbuat demikian.

Hari ini kebanyakan kita berasa selesa dengan dua dos vaksin yang diterima. Masing-masing terasa cukup kebal hingga tidak lagi melihat keperluan mengambil dos penggalak.

Kita melihat pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan untuk memujuk rakyat mengambil dos penggalak sekali gus menghalang penyebaran COVID-19. Namun, kita juga tahu terlalu banyak kempen dan kisah lain disebarkan yang membuatkan rakyat menolak dos penggalak.

Banyak kisah ini dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat dan disebar oleh mereka yang bukan bertauliah dan pakar.

Masing-masing berasa mereka paling layak bercakap untuk menyeru orang ramai jangan ambil dos penggalak.

Sebenarnya jika kita secara peribadi tidak mahu ambil duduk diam sahaja. Jangan pula menyebarkan kepada orang lain. Memang dunia akhir zaman ini sudah disebut dalam al-Quran akan ada penyakit yang tiada ubat.

Jadi apakah yang perlu kita takutkan? Adakah dengan mengambil dos penggalak, kita tidak akan mati? Ajal, rezeki dan jodoh itu ditentukan tuhan. Namun, untuk menyebarkan penyakit itu pilihan kita sendiri. Berfikirlah lebih jauh dan tawakal.-BERITA HARIAN

Previous article36,385 calon duduki SPM mula hari ini
Next articleKerajaan disyor segera tambah kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here