Tempatan

Jangan sensasikan isu pelajar bersihkan tandas sekolah – Abdul Karim

SEMATAN: Saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pelajar membersihkan tandas sekolah disokong.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini bagi membina disiplin pelajar sekolah. 

Katanya, beliau gembira dengan cadangan itu selepas Perdana Menteri meminta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyemak laporan tandas sekolah yang dikatakan rosak sejak bertahun lamanya sambil menambah penggiliran dalam mencuci tandas di kalangan pelajar sekolah adalah perkara biasa suatu ketika dahulu.

Ujar Abdul Karim lagi, beliau meminta agar isu ini tidak disensasikan ibu bapa khususnya mereka yang daripada keluarga berada. 

“Pelajar pergi ke sekolah buakn sekadar untuk belajar, tetapi juga untuk menjadi seorang yang baik dan berjaya.

““Apabila sesebuah keluarga itu sudah kaya, semuanya dilakukan oleh pembantu rumah, walhal perkara itu (mencuci tandas) mesti dilatih oleh diri sendiri sama ada kita orang kaya ataupun miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Youth Communication Camp (YCC) yang berlangsung di Putra Sentosa Retreat Camp pada Isnin. 

Ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan Ibu bapa yang menyifatkan tindakan pelajar dibenarkan membersihkan tandas sekolah sebagai tidak Masuk akal, Karim berkata, golongan itu lupa diri. 

“Sesiapa yang menjadi kaya, suatu masa dahulu pernah juga miskin. Jangan apabila sudah kaya, mencuci tandas pun diserahkan tugas itu kepada pembantu rumah,” ujarnya sinis. 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022 

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/ 

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news 

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *