Tempatan Jejambat Batu 10 kini dibuka, tiada lagi kesesakan

Jejambat Batu 10 kini dibuka, tiada lagi kesesakan

14

KUCHING: Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian kini dibuka secara rasminya untuk pengguna jalan raya hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya , Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pembukaan jejambat berkenaan diharap dapat melancarkan perjalanan orang ramai yang menggunakan laluan itu untuk ke Serian.

Katanya, menerusi pakej projek itu, jalan dari Sematan ke Kuching yang mempunyai enam persimpangan telah dinaik taraf oleh kontraktor Sara Works Sdn. Bhd.

“Sebelum ini, ia mempunyai lima lorong namun selepas kerja-kerja berkenaan selesai, ia menjadi empat lorong dua hala sepanjang 4.19 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak pada Ahad.

Dato Sri Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya memberitahu, projek berkenaan bermula pada 1 November 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 November ini.

Previous article9 tuntutan Kerajaan Sarawak ke atas hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
Next articleDana Berdaulat pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here