Tempatan Jejambat Batu 6, Kuching kini dibuka kepada pengguna lalulintas

Jejambat Batu 6, Kuching kini dibuka kepada pengguna lalulintas

47

KUCHING: Pengguna lalu lintas kini mula menarik nafas lega apabila Jejambat Batu 6, di sini mula dibuka kepada orang awam pada jam 4 petang Jumaat.

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi kenyataan di lama Facebook rasmi pada Jumaat, lorong memotong jejambat tersebut telah mula dibuka kepada orang ramai.

Kata kenyataan itu, pembukaan jejambat tersebut bertujuan agar pihak pengurusan trafik kontraktor dapat memantau pergerakan kenderaan di laluan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati memandu ketika melalui kawasan yang masih lagi dalam pembinaan.

“Patuhi tanda trafik yang telah disediakan,” kata kenyataan itu.

Akhir Jun lepas hingga awal Julai ini, projek pembinaan jejambat itu mengalami gangguan berikutan kekurangan bekalan bitumen.

Bagaimanapun, situasi tersebut kembali sedia kala selepas stok bitumen pulih sepenuhnya.

Previous articleTiada kes cacar monyet dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi – Khairy
Next articleKementerian Kewangan arah laksana langkah ‘ikat perut’ demi rakyat
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here