Nasional Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak

Jemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak

5
MELAKA 20 APRIL 2021. Warga emas, Chee Hood Chiang, 83, menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bagi dos pertama yang diterimanya pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Melaka Tengah bagi fasa 2 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Tun Ali Bukit Katil, Melaka. /Pemberita : Utusan / Kosmo / Gambar : Rasul Azli Samad

KUALA NERUS: Semua jemaah diminta patuh arahan pengambilan dos penggalak bagi menunaikan ibadah umrah berkuat kuasa 14 Februari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pihak kerajaan Arab Saudi.

“Kita nak pergi tempat mereka, jadi perlu ikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa di sana. 

“Kalau tiada dos penggalak, maka, jemaah tidak boleh menunaikan umrah,” katanya selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Terengganu 2022 di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jemaah umrah diwajibkan mengambil dos penggalak manakala person-in-charge daripada ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik dan semasa di pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Satu lagi SOP baharu berkuat kuasa tarikh sama ialah jemaah umrah dibenarkan menjalani menjalani kuarantin wajib di kediaman tanpa kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA). 

Terdahulu, Arab Saudi turut mewajibkan jemaah umrah tempatan dan antarabangsa yang ingin menziarahi Tanah Suci mengemukakan keputusan negatif ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19, bermula semalam.-Utusan Online

Previous articleCOVID-19: Kes meningkat kepada 19,090
Next articleKapal karam, seorang terselamat dan dua lagi masih hilang 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here