Nasional Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

Jenazah Adibah Noor selamat dikebumikan

5

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi dan pelakon versatil Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini, hari ini.

Pelantun lagu “Terlalu Istimewa” itu meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham selesai dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Ansar di sini.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Untuk rekod, kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 dalam filem antaranya “Sepet”, “Gubra” dan “Mukhsin” karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan.

Dalam dunia nyanyian, beliau sempat merakamkan dua buah album studio iaitu “Terlalu Istimewa” (2005) dan “Teman” (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.-ASTRO AWANI

Previous articleSuri rumah guna kapas bantal lama usaha tanaman hidroponik
Next articleSarawak Tambah Peruntukan RM30 Juta Bantu Peminjam PTPTN
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here