Tempatan

Jenazah Tun Taib selamat tiba di LTAK

KUCHING: Jenazah mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 4:25 petang.

Jenazah diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang menggunakan pesawat TUDM C-130 Hercules M30-14 untuk dibawa ke Kuching, Sarawak untuk disemadikan.

Ketibaan jenazah di dalam pesawat berkenaan diiringi Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta anak-anak Tun Taib.

Sejurus jenazah tiba, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg turut hadir menyambut bersama barisan kabinet Kerajaan Sarawak.

Jenazah Allahyarham Tun Taib kemudiannya diusung keluar dari pesawat tersebut diiringi pelepasan 17 das tembakan yang menandakan pengistiharan kemangkatan di Pangkalan Udara, TUDM oleh seramai dua pegawai dan 20 Lain Lain Pangkat (LLP) Rejimen Ke 8 Artileri Diraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *