Tempatan Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga US$9.28 juta

Jersi Maradona catat rekod dunia dilelong dengan harga US$9.28 juta

13

ANKARA: Jersi dipakai Diego Maradona ketika menjaringkan gol menentang England dalam Piala Dunia 1986 dijual dalam lelongan di Sotheby’s, London pada Rabu dengan harga US$9.28 juta sekali gus mencatatkan rekod dunia, lapor Agensi Anadolu.

Rekod sebelum ini dipegang Babe Ruth untuk jersi yang dipakainya dalam perlawanan musim 1928-1930 bersama New York Yankees yang dijual pada harga $US5.64 juta pada 2019.

Gol jaringan Maradona ketika itu menjadi popular dan dikenali “hand of God” membolehkan Argentina menewaskan England untuk merangkul Piala Dunia yang kedua dan terakhir pasukan itu setakat ini.

Ketika itu Maradona berusia 25 tahun selaku kapten Argentina.

Maradona, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 25 November 2020 dan dianggap antara bintang bola sepak terhebat dunia. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePremier Sarawak kongsi teknologi hidrogen di Belanda
Next articlePenutupan Sementara Separuh Jalan Di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan, Kuching Bermula 9 Hingga 23 Mei Ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here