Nasional Jeti berharga RM50,000, SPRM sahkan tiada unsur rasuah

Jeti berharga RM50,000, SPRM sahkan tiada unsur rasuah

13

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, kayu yang digunakan dalam projek bernilai RM50,000 berkenaan adalah kayu belian asli dan disahkan pakar.

Menurut sumber itu, ibu pejabat SPRM telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak itu, susulan dakwaan orang ramai yang projek itu memakan kos yang mahal untuk sebuah jeti kayu sepanjang 15 meter.

“Hasil penelitian yabg dibuat tidak menunjukkan terdapatnya sebarang rasuah atau penyelewangan dalam projek berkenaan,” katanya.

Pada Ahad lepas (8 April) JKR Sarawak di laman Facebooknya telah memuat naik gambar jeti kayu berkenaan bersama kos pembinaannya yang mengundang kritikan orang ramai yang beranggapan kos itu terlalu mahal untuk sebuah jeti kayu dan memohon SPRM membuat siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin mengesahjan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. -BERNAMA

Previous articlePustaka Negeri Sarawak Ajak Orang Ramai Sertai Jom Baca Bersama 2022 
Next articleTarikh Akhir Pemberian vaksin di bawah PICKIDS pada 15 Mei ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here