Sukan

Johan Ghazali juara dunia muaythai Kejohanan IFMA 2022

KUCHING: Impian atlet muaythai remaja Sarawak, Mohammad Johan Ghazali Zulfikar untuk meletakkan nama sebaris dengan jaguh muaythai dunia akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022.

Dalam aksi final di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu, Mohammad Johan menumbangkan atlet Rusia, Rustam Yunusob bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan 20-18.

Meskipun ditentang sengit dalam dua pusingan aksi, namun Mohammad Johan enggan mengalah dan menang dengan kiraan 10-9 pada pusingan pertama dan mengekalkan skor sama pada pusingan berikutnya sekaligus muncul juara.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas Kuching itu sebelum ini turut menjuarai kejohanan Muay Thai di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pernah meraih pingat perak pada kejohanan di Turkiye.

Dalam pada itu, misi rakan senegerinya, Texas Jeremy Lo untuk muncul juara dunia tidak kesampaian setelah dia tewas pada aksi final kepada Sarkhan Alberov dari IFMA. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *