Menarik

Jom mulakan 10,000 langkah sehari, amalan budaya hidup sihat 2024!

Ayuh jadikan “berjalan 10,000 langkah” setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda.

Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal, tetapi memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada anggota badan.

Langkah-langkah ini tidak hanya membawa kesegaran fizikal tetapi juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, obesiti, diabetes, dan kemurungan.

Berjalan sejauh 1 kilometer (km) bukan hanya akan meningkatkan kecergasan tetapi juga membakar kalori sebanyak 48.4kcal.

Fakta menarik: Berjalan 10,000 langkah sehari, bersamaan dengan 6.5 kilometer, mampu membakar hingga 380 kalori.

Jangan dilupakan fakta lain tentang berjalan kaki:
1. Berjalan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
2. Berjalan satu kilometer bersamaan dengan 1,200 langkah kaki.
3. Seminit berjalan bersamaan dengan 100 langkah kaki purata.
4. Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

Jadi, jangan bertangguh lagi! Ayuh kita mulakan SEKARANG untuk menuju hidup yang lebih sihat dan bertenaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *