Sukan Jom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai dan Bengkel Asas Muaythai hujung...

Jom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai dan Bengkel Asas Muaythai hujung minggu ini

32

KUCHING: Selepas kejayaan penganjuran NSIX Muaythai Challenge 2022 minggu lepas, dua lagi program muaythai akan diadakan pada hujung minggu ini.

Program pertama iaitu Program Mari Mencuba Sukan Muay Thai akan diadakan di Pusat Latihan Muaythai Tondong, Bau.

Anjuran Kelab Muaythai Bau, program selama sehari itu akan diadakan pada 11 Jun ini dengan penyertaan adalah percuma.

Ia akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang membabitkan dua tahap.

Sehubungan itu, penganjur mempelawa mereka yang berminat untuk turun pada hari tersebut dengan berpakaian sukan.

Manakala program kedua, Bengkel Asas Muaythai akan diadakan pada 12 Jun bertempat di Vortex Fitness, Aras 2 Bintulu Sentral.

Bengkel ini anjuran bersama Kelab PS Muaythai Bintulu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Vortex Gym dan Persatuan Muaythai Bintulu.

Ia bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dengan mensasarkan seramai 30 orang peserta berumur 18 tahun dan ke bawah tanpa dikenakan yuran penyertaan.

Pengisian bengkel adalah penerangan mengenai sukan muaythai dan asasnya, slide show dan mini game challenge.

Peserta juga akan diberikan sijil dan hadiah. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePerkhidmatan awam Sarawak akan terus guna bahasa Inggeris: Abang Zohari
Next articleHina Rasulullah: Yadim mahu India mohon maaf
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here