Sukan Jom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai di Kapit

Jom sertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai di Kapit

8

KUCHING: Peminat sukan muaythai khususnya di Bahagian Kapit dipelawa menyertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai yang akan diadakan pada 19 Disember ini.

Program anjuran Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Pengakap Daerah Kapit itu akan diadakan di Dewan Suarah Kapit.

“Ini merupakan salah satu aktiviti penutup kita pada tahun ini di mana PMNS berhasrat untuk mempromosikan sukan muaythai ke kawasan luar bandar.

“Selain sebagai promosi, penganjuran program ini juga menjadi platform untuk kita mencungkil bakat-bakat baru yang dapat kita ketengahkan dalam kejohanan negeri mahupun kebangsaan

“Sehubungan, saya menyeru ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang berminat untuk menceburi sukan muaythai agar datang pada hari tersebut,” menurut Presiden PMNS Jumaat Ibrahim pada Rabu.

Jumaat juga merakamkan penghargaan kepada SSC dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak kerana sentiasa menyokong program pembangunan anjuran PMNS.

Menjelas lanjut, beliau berkata PMNS akan melaksanakan banyak program pembangunan pada tahun depan.

Katanya, aktiviti-aktiviti berkenaan akan dimaklumkan pada awal tahun depan.

Dalam pada itu, PMNS menjemput orang ramai terutama di Kapit untuk menyaksikan program tersebut.

Masa promosi Mari Mencuba Sukan Muaythai akan bermula dari jam 2 hingga 4.30 petang.

Manakala pada sebelah malam dari jam 7 hingga 9 malam, akan diadakan persembahan muaythai membabitkan lima aktiviti iaitu Persembahan Mae Muay, Persembahan Sparring Regu Kanak-Kanak, Persembahan Sparring Regu Remaja, Persembahan Sparring Regu Remaja dan Persembahan Mae Muay. – SN

#sarawaknews

Previous articleIsu Kewarganegaraan Sarawak: KPWK teliti rancangan KDN
Next articleHospital KKM berjaya laksana 98 peratus pembedahan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here