Tempatan JPBN Sarawak akan umum langkah ke arah peralihan fasa endamik

JPBN Sarawak akan umum langkah ke arah peralihan fasa endamik

18

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengumumkan beberapa perkara berhubung peralihan ke fasa endemik dan pembukaan sempadan negara bermula 1 April depan dalam tempoh terdekat.

Itu merupakan intipati dan keputusan yang dibincangkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam satu sesi taklimat selama satu jam secara dalam talian.

Pada sesi taklimat itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari telah diberikan taklimat oleh agensi berkenaan mengenai Satu SOP, 9 garis Panduan ke Fasa Endemik, perkara-perkara mengenai VTL (Vacinnated Travel Lane) dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Sementara itu, dalam taklimat tersebut kelihatan Premier Sarawak kelihatan agak sihat ketika masih dalam tempoh pengasingan tujuh hari ekoran jangkitan COVID-19.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. -SN

Previous articleKehilangan Eric: Empat suspek termasuk dua wanita ditangkap
Next articleMayat bayi ditemui di dalam peti sejuk peti
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here