Nasional Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad ICU meningkat 94% – Khairy

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad ICU meningkat 94% – Khairy

16

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kadar kemasukan kanak-kanak ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat 94% bagi semua Kategori 3 hingga 5 bermula Januari hingga Februari tahun ini.

Katanya, dalam tempoh itu, seramai 50,826 kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang membimbangkan membabitkan penularan varian Omicron.

“Kanak-kanak mengalami risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan varian Omicron berbanding dengan varian sebelum ini.

“Ini adalah kerana kanak-kanak berumur 11 tahun dan ke bawah amat terdedah serta belum mendapat perlindungan yang sewajarnya berbanding dengan orang dewasa yang telah mendapat vaksinasi,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu tambahnya lagi, penggunaan katil untuk pesakit kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara.

Setakat 3 Mac, jumlah populasi kanak-kanak yang telah menerima dos pertama vaksin adalah sebanyak 952,411 dengan peratus liputan populasi kanak-kanak sebanyak 26.8%.

“Sungguhpun pelbagai inisiatif telah dijalankan, namun penerimaan ibu bapa didapati agak perlahan. Ramai masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’,” katanya.

Previous articleSarawak dahului negeri lain dalam pembangunan digital, tenaga hijau
Next articleSUFC tewas lagi, jadi ‘lauk’ kepada JDT
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here