Nasional Kaji semula peruntukan khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan

Kaji semula peruntukan khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan

6

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Kementerian Kewangan Malaysia akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengkaji semula pemberian peruntukan khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, ia merupakan salah satu insiatif Kerajaan Persekutuan dalam meneruskan usaha mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selain itu, satu mesyuarat majlis khas mengenai MA63 akan diadakan pada 14 Mac depan bagi membincangkan perkara-perkara lain,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Serian, Datuk Sri

Richard Riot Jaem yang meminta Kerajaan Persekutuan menyatakan status terkini usaha- usaha mengembalikan hak-hak Sarawak pada Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Tambah Maximus, antara perkara yang bakal dibincangkan termasuk hal-ehwal tanah serta perwakilan kuasa untuk hal-hal alam sekitar dan sumber manusia.

“Semua ini adalah usaha berterusan sebagai kesinambungan kepada tuntutan-tuntutan terdahulu seperti penyerahan kuasa kawal

selia pengedaran gas, pemerkasaan pelesenan perikanan laut dalam, dan pewartaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 [Akta A1642] yang merangkumi pindaan kepada Perkara 1 (2), 160 (2), 161A (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan.

“Berikutan pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri, terdapat banyak perkara yang akan kita umumkan lagi pada tahun ini selaras dengan keputusan-keputusan yang bakal dibuat,’’ jelasnya.

Terdahulu pada bulan Februari, Maximus memberitahu perjuangan lima dekad mengenai tuntutan oleh Kerajaan Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan ‘mesra dan wajar’ antara negeri dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Previous articleSambut baik perbincangan semakan geran khas untuk Sarawak
Next articleADUN Dudong peruntukan dana RM100,000 perangi Demam Babi Afrika
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here