Dunia Kanak-kanak Jepun dapat telefon pintar seawal sekolah rendah

Kanak-kanak Jepun dapat telefon pintar seawal sekolah rendah

14

TOKYO: Satu kaji selidik mendapati bahawa kanak-kanak di Jepun sudah mempunyai telefon pintar seawal memasuki sekolah rendah, dengan 51.6 peratus ibu bapa mengakui memberikan peranti itu kepada anak-anak mereka, lapor akhbar Japan Today semalam.

Kadar itu meningkat 11.5 peratus daripada kaji selidik yang dilakukan pada 2019 oleh sebuah firma penyelidikan pasaran teknologi maklumat, Mobile Marketing Data (MMD) Labo.

Kajian tersebut turut mendapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai telefon pintar sebelum usia sekolah rendah juga melonjak kepada 5.8 peratus berbanding 2.8 peratus pada 2019.

Bagaimanapun, situasi tersebut diakui berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya yang dikaitkan dengan penggunaan internet atau media sosial.

“Setiap keluarga perlu duduk berbincang mengenai risiko dan menetapkan peraturan dalam menggunakan telefon pintar,” kata pegawai tersebut.

Kaji selidik secara online itu berlangsung dari 21 hingga 24 Januari lalu dan melibatkan 1,888 individu lelaki serta wanita yang berusia 20 hingga 59 tahun. Mereka memberikan anak-anak telefon pintar buat pertama kali sejak 2021.

Menurut hasil kaji selidik, pelajar sekolah rendah adalah yang paling kerap mendapat telefon bimbit, seperti yang diakui oleh 28.5 peratus ibu bapa.

Ini diikuti dengan pelajar sekolah menengah, seperti yang diakui oleh 12.4 peratus ibu bapa dan pelajar universiti yang menerima daripada 1.7 peratus ibu bapa.

Sementara itu, ditanya mengenai alasan ibu bapa untuk memberikan telefon pintar, antara jawapan yang diberikan adalah permintaan anak-anak, menghadiri sekolah krem dan kelas-kelas lain serta mahu menggunakan aplikasi pesanan percuma, Line. – AGENSI

Previous articleRangka Tindakan Sarawak Lestari langkah strategik pacu pertumbuhan Sarawak
Next articleKeluarga tambahan Seberang Hilir terjejas oleh projek Darul Hana akan ditempatkan di kawasan Sungai Bedaun
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here