Tempatan Kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kuala Baram

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kuala Baram

10

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun rentung manakala seorang lelaki berusia 50an melecur 30 peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Masjid Kuala Baram, Miri petang tadi.

Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 4.59 itu meranapkan sebuah rumah separuh kekal.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 50an telah melecur 30 peratus di bahagian belakang badan dan telah diberi rawatan awal pasukan EMRS yang bertugas.

“Menurut saksi, ketika berlaku kebakaran terdapat seorang kakak mangsa bersama adiknya (mangsa) sedang tidur. Kakak mangsa telah berjaya menyelamatkan diri keluar dari rumah berkenaan, namun adiknya telah gagal dikesan,” jelas Komander operasi dalam kenyataan tersebut.

Mayat Muhd Ikram Abdullah, 12, ditemui pihak Bomba di bawah timbunan zink di kawasan bawah rumah semasa kerja-kerja overhoul dijalankan.

Manakala enam lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral dan BBP Lopeng berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran tersebut pada jam 6:21 petang.

Operasi pemadaman turut dibantu pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Energy dan penduduk kampung.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleHarga tiket penerbangan mahal, rakyat Sarawak dan Sabah tidak puas hati
Next articleSPRM sahkan tiada unsur rasuah jeti kayu RM50,000
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here