Tempatan

Kapal berhias Samling Timber Malaysia muncul johan

KUCHING: Perarakan kapal berhias yang menelusuri Sungai Sarawak sejauh 250 meter telah menyaksikan Samling Timber Malaysia menjuarai pertandingan kapal berhias sempena sambutan Sarawak Merdeka ke-60 di sini pada Sabtu.

Johan pertandingan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Jabatan Premier Sarawak yang membawa pulang RM7,000.

Manakala, tempat ketiga milik Kementerian Pengangkutan Sarawak yang membawa pulang wang tunai RM5,000.

Hadiah saguhati juga diberi kepada tujuh pemenang yang mana masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak selaku Timbalan Menteri yang bertanggungjawab acara berkenaan Dato Henry Harry Jinep menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang di Tebingan Sungai Kuching.

Sebanyak 20 buah kapal turut serta dalam pertandingan kapal berhias ini.

Foto: UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *