Tempatan Kapal karam, seorang terselamat dan dua lagi masih hilang 

Kapal karam, seorang terselamat dan dua lagi masih hilang 

2

TANJUNG MANIS: Sebuah kapal yang membawa muatan jentera berat karam di Sungai Batang Serdeng dalam kejadian pada jam 12:00 tengah malam Khamis. 

Kejadian itu menyebabkan seorang terselamat dan dua lagi masih lagi hilang. 

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Awang Busrah Awang Mostapha berkata, mangsa yang terselamat dikenal pasti sebagai Mohamad Abdullah, 66 tahun yang merupakan juragan kapal berkenaan manakala identiti dua lagi mangsa belum diperolehi.

”Juragan kapal itu diselamatkan oleh seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kejadian dengan perahu.

“Nelayan itu telah menghampiri mangsa selepas melihatnya melambai-lambai meminta pertolongan,” katanya pada Khamis. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kawasan radius pencarian sejauh 5 kilometer (km).

Sehingga kini, pasukan penyelamat masih belum menemui sebarang petunjuk berkaitan mangsa yang hilang itu. -SN

Previous articleJemaah diminta patuh arahan ambil dos penggalak
Next article18,301 kanak-kanak di Sarawak telah menerima vaksin dos pertama
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here