Nasional Kecualikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi usahawan mikro – Noh

Kecualikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi usahawan mikro – Noh

10
KUANTAN 22 January 2015. Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Aminuddin Sukri menyusun sebahagian produk makanan hasil laut di kedainya dekat Tanjung Lumpur. NSTP/Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memohon agar kerajaan mengecualikan usahawan mikro daripada penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 Mei depan, memandangkan pendapatan tahunan golongan itu masih di bawah RM300,000.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata malah ramai lagi usahawan mikro yang belum stabil dari segi status kewangan mereka, ekoran operasi perniagaan yang baru kembali pulih dari kesan pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini ramai yang terlibat dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu hampir 43,000 daripada mereka adalah usahawan mikro dan kira-kira 70 peratus daripada mereka juga terlibat dengan banjir. 

“Mereka baru sahaja mahu bernafas dan kerajaan bantu beri RM3,000 kepada mereka (yang terlibat banjir) untuk pulihkan perniagaan, jadi kita mohon kerajaan dapat pertimbangkan perkara ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) di sini hari ini.

Noh berkata kebanyakan usahawan mikro adalah mereka yang berniaga secara kecil-kecilan dan pembantu mereka kebiasaannya adalah dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan orang kampung.

“Mereka bayar sekadar mampu, jika mereka diwajibkan untuk bayar RM1,500 bagaimana mereka nak bayar, pendapatan mereka juga cukup-cukup makan sahaja,” katanya.

Mengenai sumbangan bantuan hari ini, Noh berkata 8,859 Sahabat AIM akan menerima geran khas berkenaan secara one-off sebanyak RM3,000 tiap seorang tanpa perlu membayar balik, dan sumbangan itu melibatkan peruntukan RM26.557 juta.-BERNAMA

Previous articleParlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada 7 hari
Next articleHampir 3.5 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara – PBB
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here