Tempatan

Kedai barangan serbaneka jenis fabrik di Pekan Siburan hangus 100 peratus

KUCHING: Kedai barangan serbaneka jenis fabrik di Pekan Siburan, Batu 17, Jalan Kuching-Serian musnah 100 peratus akibat kejadian kebakaran petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran yang dilaporkan pada jam 3:25 petang itu melibatkan satu unit kedai dalam blok tiga tingkat jenis kekal.

“Bahagian tingkat bawah kedai, tempat barangan serbaneka jenis fabrik disimpan, dilaporkan musnah 100 peratus.

“Manakala tingkat kedua hanya musnah 5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kebakaran dapat dipadamkan pada jam 4:45 petang dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *