Tempatan Kehilangan Eric: Empat suspek termasuk dua wanita ditangkap

Kehilangan Eric: Empat suspek termasuk dua wanita ditangkap

45
Eric (kiri) dan Ashmon.

KUCHING: Empat suspek dengan 17 rekod jenayah lampau ditangkap berhubung kes kehilangan, Eric chang Wei Jie, 4 tahun dari Bintawa.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata keempat-empat suspek berusia 24 hingga 49 tahun.

Katanya, dua daripada suspek adalah wanita yang ditangkap pada 9 Mac dan dua lagi suspek lelaki ditangkap baru-baru ini.

“Dalam kes ini, pihak polis membuat empat tangkapan iaitu dua lelaki dan dua wanita warga tempatan lingkungan umur 24 hingga 49 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan rekod lampau, kesemua suspek mempunyai 17 rekod jenayah iaitu 14 kesalahan dadah, dua jenayah harta benda dan satu jenayah komersial,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, hasil saringan urin juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu.

Kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching untuk permohonan reman dan soal siasat lanjut.

“Berhubung kes ini, polis telah membuka dua kertas siasatan iaitu satu kes orang hilang dan satu kes di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu terhadap aspek kecuaian dan pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Jelasnya, pihak polis juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memperluaskan usaha pencarian.

“Justeru, pihak polis menyarankan orang ramai untuk tampil memberi kerjasama jika mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan mangsa, boleh disalurkan dengan menghubungi Inspektor Hasmah Abdul Jalil di talian 013-6852210 atau hubungi IPD Kuching di talian 082-244444. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleJalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuching-Bau dan Jalan Stephen Yong ditutup sementara – JKR Bahagian Kuching
Next articleJPBN Sarawak akan umum langkah ke arah peralihan fasa endamik
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here