Sukan

Kelab Sosial dan Rekreasi Kakitangan MBM Pelawa Pasukan Futsal Sertai Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Datuk Bandar Miri 

MIRI: Kelab Sosial dan Rekreasi Kakitangan (KSRK) Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempelawa pasukan futsal di seluruh Sarawak menyertai Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Datuk Bandar Miri.

Presiden KSRK MBM Mohd Zaidi Adrus Razali menerusi kenyataan media pada Khamis berkata, kejohanan ini diadakan dengan kerjasama P. Ramlee Kolok dan Katering, dan Restoran dan Katering Hannah. 

“Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Piala Datuk Bandar Miri akan diadakan mulai 25 hingga 27 Februari 2022 di Stadium Bandaraya Miri Jalan Sukan, Miri.

“Setakat ini sebanyak 24 pasukan dari Kuching, Kapit dan luar Miri serta pasukan dari Sabah telah mendaftar untuk kejohanan itu yang mensasarkan 40 pasukan mengambil bahagian. 

“Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Februari 2022,” katanya. 

Kejohanan ini menawarkan hadiah menarik dengan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,800, piala, pingat dan hamper, hadiah naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala, pingat dan hamper dan tempat ketiga hadiah wang tunai RM1,500, piala, pingat dan hamper serta hadiah tempat keempat pula membawa pulang wang tunai RM500, piala, pingat dan hamper. 

Sementara itu, turut disediakan pemain terbaik yang akan menerima wang tunai RM300 beserta piala dan penjaga gol terbaik menerima wang tunai RM200 dan piala. 

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi Shah di talian 010-5696935.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *