Tempatan Kelulusan RUU Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2020 Punyai Tujuan Lebih Besar Pastikan MA63...

Kelulusan RUU Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2020 Punyai Tujuan Lebih Besar Pastikan MA63 Dipenuhi

4

KUCHING: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Negeri) 2020 bukan sahaja menukar gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’, tetapi mempunyai tujuan yang lebih besar untuk memastikan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipenuhi. 

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, mempunyai gelaran yang betul bukan sekadar status sahaja, tetapi juga permulaan kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperjuangkan hak negeri ini, keistimewaan dan autonomi Bumi Kenyalang. 

‘Sejak tahun 2016, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem menetapkan keutamaan yang sangat jelas kepada kita untuk menjaga Sarawak baik-baik. 

“Justeru, semua pindaan Perlembagaan ini dan semua perkara itu adalah sebagahagian daripada untuk menjaga Sarawak yang kita semua telah ketahui dengan jelas,” katanya dalam sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa. 

Jelas Dato Sri Dr Sim lagi, beliau mahu semua rakyat Sarawak berasa bangga denngan kelulusan RUU Perlembagaan (Negeri) 2020 ini kerana ia akan memberi permulaan yang baik bukan sahaja kepada status, tetapi kepada hak, autonomi keistimewaan dan semua perkara pada masa depan. 

Kelulusan ini juga membolehkan status Ketua Menteri Sarawak di seluruh Malaysia berada di kelas kedua berbanding perdana yang masih mengekalkan di kelas pertama. 

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Chong Chieng Jen yang menentang RUU yang dibentangkan di DUN Sarawak kali ini, Dato Sri Dr Sim memberitahu DAP sebenarnya bimbang dengan gelaran ‘Perdana’ yang tidak dapat digunakan di negeri-negeri lain. 

“Chong Chien Jen sebenarnya mencerminkan kebimbangan DAP khususnya Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak mampu mendapat gelaran premier. 

“Atas sebab itu, DAP terlalu berkeras membantah dan memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyokong penggunaan gelaran premier,” ujarnya.

Previous articleSpartan Race Sarawak kembali Jun ini
Next article12 ADUN Bahas RUU Tafsiran (Pindaan) 2022, Diluluskan Sebulat Suara
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here