KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini mulai 10 pagi.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan keputusan tersebut.
Pertama, calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan dengan hadir di sekolah masing-masing. Keduanya, secara dalam talian melalui pautan yang akan diberikan. Dan ketiga, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Apa yang paling penting untuk anak-anak, perjalanan masih jauh, banyak peluang dan ruang di hadapan sana.
“Apa saja keputusan SPM nanti terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.
Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM yang diadakan pada Mac lalu.