Tempatan Kerajaan akan pertingkat usaha baiki fasiliti KEMAS di Sarawak

Kerajaan akan pertingkat usaha baiki fasiliti KEMAS di Sarawak

8

KUCHING: Kerajaan akan meneruskan usaha memperbaiki fasiliti dan aset Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sarawak, kata Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau mengakui bahawa terdapat fasiliti Kemas seperti Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Sarawak yang berada dalam agak daif.

“Saya tahu terdapat fasiliti Kemas yang daif dan itu kita tidak nafikan. Malah kadang-kadang ada juga yang perlu menumpang di rumah panjang dan sebagainya.

“Insya-Allah, fasa demi fasa kita akan mempertingkat usaha untuk memperbaiki aset dan fasiliti Kemas di Sarawak,” katanya ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Kemas Sarawak hari ini.

Seramai 174 orang menerima pengiktirafan pada majlis itu.

Hasbi turut menasihati penerima APC agar terus mengamalkan budaya kerja berpasukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan penjawat awam.

“Walaupun ia tidak lagi asing dalam kalangan penjawat awam namun budaya kerja berpasukan ini harus kita kuatkan semula,” katanya. -BERNAMA

Previous article380 jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai ditipu agensi pelancongan
Next articleJasad mendiang James selamat tiba di Miri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here