Nasional

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000

KUCHING: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Menurut Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Katanya, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” katanya dalam kenyataan media Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 pada Rabu.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu. -SN

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *