Dunia Kerajaan Brunei Lanjut Penangguhan Sementara Aktiviti Rentas Sempadan 1 Hingga 15 April...

Kerajaan Brunei Lanjut Penangguhan Sementara Aktiviti Rentas Sempadan 1 Hingga 15 April Ini

26

LIMBANG: Kerajaan Brunei Darussalam melanjutkan penangguhan sementara aktiviti rentas sempadan (darat dan laut). 

Menerusi siaran media pada Rabu, Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam melanjutkan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan selama 15 hari lagi dari 1 hingga 15 April 2022.

“Kemasukan dan perjalanan transit melalui negara Brunei Darussalam hanya boleh dipertimbangkan bagi kenderaan-kenderaan yang mempunyai Permit Lintas Batas dan Penyata Kebenaran Transit yang dikeluarkan Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan jaminan atau sokongan daripada pihak berkuasa negara yang berkenaan dengan dikenakan syarat dan prosedur kemasukan yang sedia ada.

“Ini bagi maksud atas urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan seperti ambulans, polis dan tentera, Vaccinated Transport Operators yang berdaftar di luar negara dengan Permit Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi penghantaran bekalan import yang penting dan keluar dan masuk negeri secara ulang alik (commuters) melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan,” kata kenyataan itu. 

Tambah kenyetaan itu lagi, bagi warganegara asing daripada negara-negara yang tersenarai dalam Travel Green List dibenarkan memasuki negara tersebut melalui pengangkutan udara bermula 1 April 2022 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan Brunei.

Previous articleTerima kasih Doktor, kalian hero Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri
Next articleKerajaan Brunei Kemaskini Syarat-syarat perjalanan keluar dan masuk negara melalui udara berkuatkuasa 1 April ini 
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here