Nasional

Kerajaan diminta pertimbangkan cadangan pengeluaran KWSP secara terus – Johari

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk mempertimbang dan melaksanakan cadangan pengeluaran KWSP secara terus berbanding dijadikan cagaran untuk pinjaman bank.

Gesaan ini dibuat bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas mendapati langkah menjadikan simpanan KWSP sebagai sandaran permohonan pinjaman bank hanya akan membebankan pencarum kerana mereka perlu membayar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.

Sebaliknya, beliau berpandangan mekanisme pengeluaran secara terus adalah lebih memudahkan mereka yang mahu membuat pengeluaran wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. 

Bagaimanpun, cadangan pengeluaran simpanan KWSP itu mestilah bersasar dan tertakluk pada tujuan tertentu seperti pendidikan dan kesihatan.

“Hakikatnya kalau kita nak mencagarkan simpanan kita dalam KWSP, ia memerlukan penelitian banyak perkara, antaranya dari segi perundangan, selain kita kena bayar faedah bila kita cagar.

“Ada mekanisme yang lebih mudah untuk kita bantu mereka (pengeluaran simpanan KWSP secara terus), tapi kena bersebab. Tak ada sebab, tak boleh keluarkan.

“Kalau tak ada sebab, semua orang nak ambil. Itu yang berlaku sebelum ini ketika COVID-19, di mana RM145 bilion keluar daripada KWSP dan ramai yang tak perlu pun ambil juga hingga menjejaskan simpanan masa depan mereka.

“Untuk cadangan saya (pengeluaran simpanan KWSP secara terus), mungkin mereka (kerajaan) boleh perincikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, berdasarkan kepada formula pengeluaran melalui permohonan pinjaman bank hanya akan membebankan pencarum apabila mereka dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman jika simpanan KWSP digunakan sebagai sokongan permohonan pinjaman.

Selain itu, skim berkenaan juga menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *