Nasional Kerajaan disyor segera tambah kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah

Kerajaan disyor segera tambah kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah

12

KUCHING: Kerajaan pusat disyorkan menyegerakan pindaan berkaitan penambahan sehingga satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah.

Syor itu disuarakan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Titah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Katanya, pindaan tersebut perlu disegerakan berikutan ketika ini komposisi kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah hanya meliputi satu perempat atau sebanyak 56 kerusi dengan Sarawak 31 kerusi dan Sabah (25) dari keseluruhan 222 kerusi.

“Angka ini jauh berbeza berbanding dengan semangat yang telah diunjurkan dalam MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).

“MA63 menekankan konsep ‘Equal Partner’ dan perkataan ‘rakan kongsi’ ini hanya dirujuk kepada tiga pihak sahaja iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

“Sabah dan Sarawak seharusnya diberikan satu pertiga daripada 222 kerusi dan sekiranya ini tidak berlaku, agihan kuasa dalam Parlimen hanya akan bergantung kepada satu pihak iaitu Semenanjung sahaja,” kata semasa membahaskan usul berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen atas sokongan yang telah diberikan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 Disember lalu dan menyambut baik pindaan itu. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleJangan sebar berita tidak benar dos penggalak
Next articlePelajar sekolah dijemput melawat ke Muzium Budaya Borneo
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here