Nasional

Kerajaan Sarawak akan menandatangani satu lagi MoU pengambilalihan MASWings Sdn. Bhd.

PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak akan menandatangani satu lagi Memorendum Persefahaman (MoU) untuk memulakan perbincangan lanjut dan membuka jalan kepada pengambilalihan MASWings Sdn. Bhd yang lancar.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, menerusi MoU itu, kedua-dua pihak boleh memulakan perbincangan mendalam, mewujudkan parameter yang jelas, mentakrifkan skop, menetapkan garis masa serta memastikan proses untuk pemerolehan MASWings dikemaskini.

Tambahnya, kedua-dua pihak juga telah mencapai persetujuan untuk memastikan proses pemerolehan berjalan lancar tanpa mengganggu operasi RAS.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas melakukan lawatan ke Malaysia Aviation Group (MAG) di Akademi Malaysia Airlines (Akademi MAB), di sini pada Isnin.

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan taklimat dan memulakan perbincangan dengan MAG mengenai pengambilalihan MASWings Sdn. Bhd oleh Kerajaan Sarawak susulan daripada pertemuan dengan pemegang saham utama MAG, Khazanah Nasional Berhad pada 7 Julai 2023 dan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pemerolehan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan pada 20 Julai 2023.

Dalam pada itu,  Lee juga menekankan bahawa subsidi RAS oleh Kerajaan Persekutuan akan diteruskan melalui pemeteraian MoU dengan pada 20 Julai 2023 sekaligus menggalakkan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan luar bandar.

Turut mengiringi Lee ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Talat Mahmood, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan dan Pembangunan Ekonomi), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Lester Matthew.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *