Tempatan Kerajaan Sarawak Ambil Alih Projek Perumahan Sentoria

Kerajaan Sarawak Ambil Alih Projek Perumahan Sentoria

68

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek Rumah Sentoria, Borneo Samariang Garden bagi mengatasi masalah yang dihadapi para pembeli.

Ini selepas projek perumahan tersebut mengalami masalah apabila kontraktor Sentoria tidak dapat menyiapkan rumah tersebut sehingga memberi kesan kepada pembeli yang telah membayar pinjaman kepada pihak bank.

Pembinaan perumahan itu sepatutnya tamat pada tahun 2019, tetapi sehingga kini, ia masih belum disiapkan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan, beliau mengambil maklum berkenaan isu tersebut dan telah memberi amaran kepada syarikat pemaju projek perumahan tersebut.

Bagaimanapun, proses mengambil alih hanya boleh dilakukan setelah semua isu berkaitan diselesaikan termasuk dari segi perundangan.

“Kita hanya dapat mengambil alih projek itu apabila segala masalah serta kes perundangan syarikat pengusaha tersebut telah diselesaikan.

“Ini adalah kerana mereka merupakan sebuah syarikat tersenarai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN Gedong di Hotel Raia, Kuching pada Khamis.

Previous articlePETROSNiaga pasar silinder LPG Petronas, Petros bermula hari ini
Next articleHasrat beraya di rumah baharu tidak kesampaian
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here