Tempatan Kerajaan Sarawak cadang tubuh kampung sukan futuristik

Kerajaan Sarawak cadang tubuh kampung sukan futuristik

6

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang mewujudkan sebuah kampung sukan yang berciri futuristik dalam usahanya untuk meningkatkan lagi pencapaian para atletnya di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata kampung sukan yang dicadangkan itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden yang canggih untuk melatih para atlet.

“Kajian bagi perancangan itu sudah dibuat dengan mengambil negara New Zealand sebagai contoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah ke sana untuk melihat kualiti kemudahan sukan mereka,” katanya berucap pada Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Abang Zohari meminta kementerian itu untuk menekankan penglibatan belia dalam ekonomi digital dalam merancang program pembangunan keusahawanannya.

“Kita nak lahirkan usahawan dalam kalangan belia yang kita boleh latih setimpal dengan era baharu iaitu era pendigitalan,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaikan insentif kepada dua atlet bina badan iaitu Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah yang pernah memenangi acara sukan antarabangsa serta geran kepada 71 pertubuhan belia dan sukan di negeri ini.

Hadir sama, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Seri Abdul karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Belia dan Sukan Dato Gerald Rentap Jabu; Menteri Muda Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat dan Menteri Muda Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan. – BERNAMA

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleCitrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Kuching pada 24 Hingga 27 Februari Ini
Next articleIkan Pari seberat 150 kg dan terbesar berjaya ditangkap nelayan Pantai Oya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here