Tempatan

Kerajaan Sarawak cari inisiatif selesaikan projek bermasalah dan lewat siap

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyuarakan rasa tidak berpuas hati terhadap kelewatan beberapa pakej projek di bawah kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Susulan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak akan mencari inisiatif terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.

Ini termasuklah termasuklah pembinaan jambatan di Sungai Sarawak.

“Projek jambatan yang menghubungkan Sejingkat dan Tanjung Bako dalam Pakej Jalan Kedua Kuching-Samarahan itu mengalami masalah dan hanya mencapai kemajuan sekitar 2.5 peratus.

“Projek jambatan itu sepanjang 1.3 kilometer (KM) yang menelan kos sebanyak RM365,737,131.16 itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek jambatan menghubungkan Sejingkat dan Tanjung Bako, di sini, pada Selasa.

Datuk Amar Douglas Uggah menambah dalam soal ini, pengawasan yang teliti adalah sangat penting bagi memastikan kerajaan dapat melaksanakan satu-satu projek mengikut masa yang ditetapkan.

“Ini kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) seperti mana sokongan yang diberikan dalam pilihan raya lepas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *