Tempatan Kerajaan Sarawak luluskan peruntukan beli pil COVID-19

Kerajaan Sarawak luluskan peruntukan beli pil COVID-19

17

GEDONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Openg telah meluluskan peruntukan khas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi membeli pil COVID-19.

Menurutnya, peruntukan khas itu akan disalur mengikut keperluan dengan mengambil kira jumlah pil yang ditempah.

Jelas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, ketika ini Sarawak sedang dalam fasa perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan bekalan pil COVID-19 keluaran Pfizer.

“Ini kerana kita sudah bergerak ke fasa peralihan endemik, dan pil Pfizer telah dibenarkan oleh KKM,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Ramadan RTM Kuching di Dewan Datuk Patinggi Ali Gedong pada Sabtu.

Ujar beliau lagi, Sarawak membuat keputusan mendapatkan bekalan pil jenis Pfizer untuk kegunaan rakyat.

“Kita lihat bagaimana kesannya kepada mereka (pesakit) yang mempunyai gejala ringan, setakat ini tidak merunsingkan,” ujarnya.

Sebelum ini Kerajaan Sarawak telah menyatakan hasratnya untuk membeli sendiri pil COVID-19.

Previous articleKuching City FC lakar kemenangan bergaya benam Projek FAM-MSN
Next articleKerajaan tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan lindungi golongan rentan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here