Tempatan Kerajaan Sarawak Masih Teliti Syarat Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022

Kerajaan Sarawak Masih Teliti Syarat Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022

8

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang merangka syarat dan keperluan yang dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mengiktiraf seseorang sebagai Bumiputera Sarawak seperti yang termaktub dalam Ordinan Tafsiran (Pindaan), 2022.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata Kerajaan Negeri perlu memastikan bahawa syarat dan keperluan tersebut adalah sesuai, munasabah dan praktikal bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa Bumiputera Sarawak yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mencapai matlamat ini dan dalam merangka syarat dan keperluan tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Majlis Adat Istiadat Sarawak, Mahkamah Bumiputera Negeri Sarawak dan pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak bersama-sama dengan Jabatan Peguam Besar Negeri untuk meneliti perkara ini dengan holistik.

“Draf syarat dan keperluan akan dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan.

“Dengan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan, Ordinan tersebut akan diwartakan untuk dikuatkuasakan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, Baru Bian pada 12 Julai lepas yang mempersoalkan mengenai ‘Kelewatan dalam Mewartakan Pindaan kepada Takrif Anak Negeri’.

Menurut Datuk Sharifah Hasidah, Ordinan yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari 2022 telah diterbitkan dalam Sarawak Gazette pada 25 Februari 2022 namun masih belum mula berkuatkuasa. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleAmbil tindakan tegas pada kartel haji, aniaya orang ramai
Next articleSarawak sedia bantu Indonesia bangunkan Nusantara
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here