Nasional Kerajaan Sarawak pandang serius insiden kebakaran yang berlaku di Sarawak

Kerajaan Sarawak pandang serius insiden kebakaran yang berlaku di Sarawak

7

KUCHING: Kerajaan Sarawak memandang serius insiden kebakaran yang berlaku di negeri ini dan mengambil langkah mengurangkan kesan yang dihadapi masyarakat dalam insiden berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, oleh itu apa-apa pendekatan kerajaan dalam mengurangkan impak kebakaran harus mendapat nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).

“Ini seperti cadangan mewajibkan semua rumah panjang yang baharu dan bakal dibina mempunyai dinding penebat api di setiap rumah untuk mengelak api daripada merebak.

“Bagaimanapun, apa-apa pendekatan tersebut kita perlukan Bomba menjalankan kajian dan beritahu kita (kerajaan) pendekatan tersebut.

“Sehubungan itu, Bomba perlu memberi panduan kepada kita dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pendekatan yang baik itu dapat mengurangkan kesan dan impak sekiranya berlaku kebakaran terutama melibatkan rumah panjang. 

Beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Program Keselamatan Kebakaran Sempena Perayaan Hari Gawai di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah JBPM Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata, setakat ini reka bentuk baharu rumah panjang itu sudah ada.

“Reka bentuk rumah panjang baharu itu sudah ada dengan kolaboratif bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Ia akan dibangunkan dan dikendalikan di bawah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),” ujarnya.

Previous articleMedia Malaysia dan Indonesia perlu bijak menangani setiap isu berbangkit
Next articleUtamakan keselamatan penduduk, SFC alihkan telur buaya
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here