Tempatan

Kerajaan Sarawak peruntuk RM2.028 juta bina OSEIC di Miri, dijangka operasi Oktober depan

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM2.028 juta bagi penubuhan One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) di Miri bagi membantu kanak-kanak yang memiliki masalah pembelajaran di situ, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak itu berkata, ini kerana data bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 6 tahun dan ke bawah di Sarawak setakat 31 Disember 2023 menyaksikan Miri mencatatkan bilangan kedua tertinggi kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdaftar di Sarawak.

“Miri mencatatkan bilangan kedua tertinggi kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdaftar di Sarawak tetapi tiada kemudahan sehenti disediakan di kawasan itu.

“Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2,028,000 bagi tujuan penubuhan OSEIC Miri,” katanya semasa berucap dalam Majlis Graduasi OSEIC Sarawak 2024 di Hotel Waterfront Kuching hari ini.

Fatimah memaklumkan bahawa pusat itu dijangka mula beroperasi pada Oktober 2024 bagi memberikan sokongan pendidikan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *