Tempatan

Kerajaan Sarawak umum bantuan khas RM500 untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak sempena sambutan Aidil Fitri dan Gawai Dayak Tahun 2022.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak pada Rabu, bantuan khas tersebut akan dibayar pada April ini iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai Dayak akan datang.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Kerajaan juga berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” jelas kenyataan tersebut. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Exit mobile version