Nasional Kerajaan siasat, ambil tindakan ketirisan minyak masak

Kerajaan siasat, ambil tindakan ketirisan minyak masak

8

KOTA BHARU: Kerajaan memandang serius masalah ketirisan pembekalan minyak masak bersubsidi yang antaranya dikatakan berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga anggota Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan, apabila bekalan minyak masak paket bersubsidi dalam negara kini didapati berkurangan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai isu itu, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kita ingin tahu sejauh mana seriusnya perkara ini, kerana kerajaan beri subsidi (untuk penduduk tempatan), namun ia dinikmati oleh orang asing …perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meninjau harga barangan keperluan harian dan runcit di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini semalam.

Merujuk kepada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Mustapa berkata pasukan itu akan mengadakan mesyuarat kali ketiga esok, dengan memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu kaedah bagi menangani isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dan isu kenaikan harga barangan keperluan. –BERNAMA

Previous articleKPDNHEP Miri berjaya rampas 2,112 kg minyak masak paket bersubsidi bernilai RM5,272.50
Next articleSarawak hantar 625 orang atlet ke SUKMA Ke-20 di Kuala Lumpur
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here