Dunia Kerana gambar Osama Laden, jurutera digantung tugas

Kerana gambar Osama Laden, jurutera digantung tugas

8

NEW DELHI: Seorang jurutera yang bekerja untuk kerajaan negeri Uttar Pradesh, India telah digantung kerja kerana meletakkan gambar bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden di pejabatnya baru-baru ini.

Ravindra Kumar Gautam turut menggambarkan Osama sebagai seorang jurutera muda terbaik di dunia.

Walaupun, penggantungannya sudah berakhir, Ravindra Kumar Gautam berkata, Osama adalah mentornya dan menentang pandangan negatif terhadap bekas ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

“Menjadi pilihan saya untuk mengidolakan sesiapa sahaja yang saya mahukan. 

“Saya anggap Osama bin Laden guru (mentor) saya. Jika gambar itu dipindahkan, saya akan mengatur dan menggantung semulanya,” kata Gautam kepada pemberita.

Osama telah dibunuh oleh pasuka khas Amerika Syarikat di bandar Abbottabad, Pakistan pada tahun 2011 kerana didakwa terlibat dalam kejadian-kejadian keganasan di dunia.

Dia lahir dalam keluarga yang terkenal dalam kerja-kerja pembinaan di Arab Saudi dan mewarisi sebahagian kekayaan keluarganya.-SINAR HARIAN

Previous articleBekalan Ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik – Dr Noor Azmi
Next articleTiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard – Pakar perhubungan awam
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here