Tempatan Kerusi DUN Mambong bukan lagi milik tradisi SUPP

Kerusi DUN Mambong bukan lagi milik tradisi SUPP

3

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil (gambar) mendakwa konstituensi itu bukan lagi milik tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Kerusi Mambong kini milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Ini tidak diragui lagi.

“Perkara ini ditentukan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12), PBB menang kesemua 47 kerusi ditandinginya termasuk Mambong,” katanya dipetik berkata dalam Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Cawangan Kecil PBB Kampung Semadang di bawah PBB Cawangan Mambong malam Sabtu lalu.

Justeru tegasnya, SUPP tidak boleh mendakwa Mambong milik mereka kerana ia kini milik PBB.

“Sebelum PRN12, banyak ‘masalah’ dalam konstituensi Mambong dan Premier Sarawak memutuskan PBB akan bertanding di kerusi itu dengan saya sebagai calon.

“Selepas berjaya mempertahankan kerusi itu, Premier Sarawak memutuskan kerusi Mambong milik PBB, maka SUPP tidak boleh lagi menuntutnya,” tegasnya.

Dr Jerip yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak berkata ekoran keputusan itu, konstituensi Parlimen Puncak Borneo, terdiri daripada DUN Mambong, Tarat dan Serembu, kini di bawah PBB.

Dr Jerip menjadi ADUN Mambong sejak menang pada PRN 2001, bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) menggunakan tiket SUPP.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal kelima apabila menang pada PRN12 lalu dengan undi majoriti 3,071 dalam pertarungan lima penjuru. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSatu lagi air terjun ditemui di Bung Bratak, tarikan baharu kepada pengunjung
Next articleTelur, daging ayam cukup: Datuk Seri Alexander
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here